Friday, June 5, 2009

kenapa baru sekarang?



sejak akhir2 ini, tidur sudah menjadi perkara yang paling sukar untuk aku lakukan. entahla, degil sungguh mata nak tidur sekarang. aku asyik terfikirkan kehidupanku yang akan datang. macam manala hidup aku lepas ni..aku pun tak tahu..banyak sekali kemungkinan2 yang mengarut menerpa kotak mindaku, sekali fikir takpe lagi, tapi bila dah berkali2 fikir, aku jadi bingung dan rasa seperti hilang arah tujuanku..semoga Allah melindungiku dari memikirkan yang bukan2..

Tuesday, December 23, 2008

aku dan ------> dia

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…





-Tiada yang mampu menandingi ketenangan yang diperoleh dari Ilahi-

---Syukur ya Allah, walaupun aku sentiasa melakukan kesilapan dan dosa, Engkau tidak melupakan hambaMu yang hina ini...terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan berulang kali namun selepas segala dosa yang aku lakukan, Engkau tidak lupa untuk memberi pelbagai nikmat yang tidak pernah aku jangkakan---

Begitulah coretanku pada suatu hari yang hening. Sesungguhnya dalam kesibukan mengejar kehidupan duniawi, ramai manusia biasa termasuklah aku seringkali melupakan kehadiran yang Maha Esa. Godaan yang melanda saban waktu mudah saja menembusi iman yang goyah ini. Lalu berlakulah kelalaian yang bukan sedikit. Oh, betapa hinanya aku rasa diri ini kerana seringkali bertindak hipokrit di hadapan manusia sekeliling. Orang menyangka kita baik-baik saja, walhal dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Sesungguhnya, pada tika dan saat ini, aku dapat rasakan yang aku berada terlalu jauh dengan Dia yang Berkuasa. Mengapa? Mengapa begitu mudah aku melupakannya saat dugaan melanda? Ya Allah, aku berdoa,

“Jangan tinggalkan diriku Ya Allah, di saat susah mahupun senang...Lindungilah aku Ya Allah dari segala perbuatan yang dikeji dan dibenci olehMu..aku tak mampu melawan segala godaan melainkan aku peroleh kekuatan dariMu...kabulkan impianku pada jalan yang diredhaiMu..temukanlah aku dengan insan yang soleh, yang mampu membimbing dan menjagaku sebaik-baiknya.”

Hanya Tuhan yang tahu betapa aku amat merinduinya...he is....

Monday, December 22, 2008

rama-rama di pinggiran 2




assalamualaiukm buat semua yang sudi membaca coretan hati ini, harap kalian sihat2 sokmo,

syukur kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar yang nyaman ini...semalam masa dengar kuliah maghrib kat masjid, ustaz tu cakap pasal tayyamum.

rupanya banyak jugak benda yang saya tak tahu..

ustaz tu cakap kalau kita sedang berhadas besar, tetapi dekat kawasan rumah kite tu takdek sumber air, maka kita boleh ganti mandi wajib tu dengan bertayyamum. ada satu hadis yang menceritakan bagaimana seorang sahabat Rasulullah SAW telah menggulingkan seluruh badannya ke atas pasir untuk bertayyamum. mendengarkan kisah yang berlaku tersebut, Rasulullah mengatakan bahawa cukuplah bertayyamum dengan cara biasa. selepas bertayyamum, teruskan solat. dan bila sudah ada air, barulah mandi wajib balik. see...selama ni saya tak tahu pun pasal ni, sehinggala ustaz tu ceritakan kelmari. hmm...n saya rasa wajarlah saya kongsikan sedikit ilmu tu kat sini..kalau nak cerita lebih detail pun, maybe saya kena baca sendiri kitab agar tak bercanggah isi yang nak disampaikna. ok cau :p

Wednesday, November 5, 2008

ntah-1st time writing


hmmmm....ni fist time aku nak tulis kuk blog. besenye aku baca jer blog orang, arini terbukak lak ati nak tulis blog sendiri. ini hanyalah permulaan....

tadi ayah aku datang ofis. ade nak mintak tolong sket ngan anak die yang sorang ni. alahai ayahku, macam-macam. takpela, yang penting ayah gembira. kat sini aku nak uploadkan gambar kesayangan aku masa konvo bulan 7 aritu. memang kenangan terindahla dalam idup. susoh payoh ngaji selama ni terbalas jua. tapikan, bukan seme adik beradik aku ade dalam gambar ni, sebab ade yang tak dapat ikut coz sekolah, apela uni aku ni, buat konvo time budak sekolah...ok, cau :p